Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada September ini

 

 

mediaroom-p-2000.jpg

11 September 2023

Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada September ini

Semua rakyat Malaysia berpeluang menang wang tunai menarik dalam peraduan-peraduan: ‘Teka Jawline ERA’, ‘Jerat SINAR’, ‘Teka Kacang GEGAR’ dan ‘EJAWI ZAYAN’ di udara.

ERA: Teka Jawline ERA

Teka nama selebriti berdasarkan gambar ‘jawline’ dan berpeluang menang RM250, dari sekarang hingga 22 September di udara

  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka nama selebriti berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ERA. Pembayang disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta hanya boleh membuat satu tekaan dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM250 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Jawline ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Jerat SINAR

Jawab 10 soalan dan berpeluang menang wang tunai RM1000, dari sekarang hingga 15 September di udara

  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Jawab 10 soalan dengan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’ dalan tempoh 60 saat sahaja.
  • Peserta perlu menjawab kesemua soalan secara berturut-turut dan tidak boleh menukar atau melangkau soalan.
  • Jika kesemua 10 soalan dijawab dengan tepat, peserta berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Jerat SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

GEGAR: Teka Kacang GEGAR

Teka bilangan kacang dan berpeluang menang wang tunai RM500 dari sekarang hingga 21 September di udara

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Kongsikan tekaan bilangan kacang berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok GEGAR bersama personaliti GEGAR.
  • Pemenang mingguan akan diumum setiap Ahad, jam 10 malam menerusi TikTok Live GEGAR.
  • Tekaan bilangan kacang yang tepat ataupun paling hampir akan membawa pulang wang tunai RM500 secara mingguan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Kacang GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: EJAWI ZAYAN

Eja perkataan jawi dan berpeluang menang wang tunai RM200, dari sekarang hingga 22 September di udara

  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Eja perkataan jawi berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
  • Peserta yang berjaya mengeja dengan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘’EJAWI ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
 
Enter security code:
 Security code